Berita Harian Online – Isu Semasa Terkini, Info Maklumat Alternatif
Archive for December, 2009
Mayat bayi dibuang bagai sampah
IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), [...]Gerhana bulan selepas sambut tahun baru
PUTRAJAYA - Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya [...]Ah long ganas tembak rumah
BUKIT MERTAJAM – Jika sebelum ini ceti haram atau ah long menyimbah cat merah di rumah peminjam sebagai ugutan, kini mereka beralih strategi dengan melepaskan beberapa das tembakan ke rumah mangsa. Itulah yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat yang didiami empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Taman Serumpun, Berapit, di sini [...]
[TV] Gus Dur Kembali Ke Rahmatullah
Allahyarham Bapak Gus Dur Meninggal [...]
Gus Dur meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi
BEKAS Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 petang (waktu Indonesia Barat) dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya. Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Cipto [...]
Bekas Presiden Indonesia, Gus Dur meninggal dunia
BEKAS Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, 69, meninggal dunia jam 6.45 petang tadi waktu Indonesia Barat (7.45 malam waktu Malaysia). Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta. Berita kematian Presiden keempat Indonesia itu disahkan oleh [...]
Perkahwinan kedua Sultan Kelantan berlangsung di KB, bapa Elia wali
SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra yang mengahwini Elia Suhana, 30, pada Disember 2007 (Elia mendakwa berkahwin pada 23 Disember manakala laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut perkahwinan berlaku pada 31 Disember 2007), diwalikan sendiri oleh bapa wanita berkenaan, Ahmad Abdul Hamid, 63. Perkahwinan yang berlangsung di Kota Bharu itu [...]
Kepungan ke atas rumah Dr Rosli berakhir aman
KEDIAMAN bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir di Kota Bharu yang dikepung oleh keluarga isteri keduanya sejak petang kelmarin berakhir tengah hari semalam tanpa sebarang kejadian tidak diingini, lapor The Malaysian Insider. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kepungan itu yang didakwa berpunca [...]
Jabatan Agama sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan
JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) semalam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini. Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JAHEAIK, Hasnan [...]
TG Nik Aziz sahkan peletakan jawatan S/U politik, akhbar
MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan [...]
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.



