Sunday, August 20th, 2017

Bapa mangsa letupan mercun dibebas dengan jaminan polis

Published on August 26, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA TERENGGANU 26 Ogos – Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di sini hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata bapa berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman terhadapnya selama tiga hari berakhir hari ini.

Katanya, polis perlu melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil kenyataan daripada dua pemuda yang turut cedera dalam kejadian itu sebelum dakwaan terhadapnya dibuat.

“Kedua-dua pemuda berumur 22 dan 29 tahun itu kini masih lagi menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kenyataan mereka belum dapat diambil,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Shukri berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Khairul Arif maut selepas dikatakan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan itu.

Dia cedera parah di kepala, manakala dua pemuda Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, turut mengalami cedera parah. – Bernama

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan