Sunday, August 20th, 2017

Peguam gagal hadir ke mahkamah punca FELDA tewas

Published on August 26, 2010 by   ·   1 Komen      Print This Post Print This Post

354 peneroka Felda menang saman RM11 juta

BANDAR SERI JEMPOL 26 Ogos – Kegagalan peguam FELDA untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka FELDA Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

“Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh FELDA gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Sehubungan itu, Oleh yang demikian, FELDA tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

FELDA sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. — BERNAMA

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (1)

  1. h.y.yahaya says:

    tsdr yusof nor..awk rasa peneroka felda tipu felda ke? peneroka yg memerah tenaga drp pg sampai ptg drp takder anak..saMPAI BERCUCU CIT..dr hemsem sampei tua bangka..kerja..tak kesian ker tuduh peneroka mengambil kesempatan …felda kalah ? kerana tak hadir peguam bg mewakili felda ? macamana awk blh ckp macamtu tak de maruah ke sebagai manusia yang mengaku beriman…ke mung pengikut ayoh pin?




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan