Wednesday, July 18th, 2018

Penjawat awam ditahan simpan mercun dan bunga api

Published on August 25, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

MELAKA 25 Ogos – Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki menyimpan pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai RM10,000 di rumahnya di Cheng di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam dan pemeriksaan di rumahnya menemui sepuluh kotak besar mengandungi bunga api dan mercun.

“Ketika ditahan, isteri dan dua anaknya turut berada di rumah itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Salehhudin berkata, polis tidak menolak kemungkinan bunga api dan mercun itu untuk dijual dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana lelaki terbabit memperoleh bahan larangan itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya. – Bernama

Sub Topik: ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan