Sunday, June 25th, 2017

Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi kes samun di KLIA

Published on September 23, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes samun melibatkan tiga pegawai agensi penguatkuasa terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) baru-baru ini.

Polis harus diberi kepercayaan untuk menjalankan siasatan secara profesional berhubung kes itu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan sesi 2010/2011 di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 19 graduan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan 33 graduan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan berjaya menamatkan pengajian.

Ismail berkata beliau yakin siasatan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah berhubung kes samun melibatkan jumlah US$300,000 pada 15 September itu akan menemui penemuan baru.

“Saya yakin Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bagi tumpuan yang profesional ke atas siasatan ini dan saya yakin mereka akan menemui penemuan yang baik untuk melengkapkan siasatan.

“Ini perkara baru, bila ada siasatan kita akan teliti dan semasa kita siasat kita akan dapat benda-benda baru. Bila kita dapat benda baru kita perlu tindakan susulan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dua lagi lelaki rakyat tempatan yang dicari pihak polis kerana dipercayai bersubahat dalam kes itu, Ismail berkata polis akan menahan sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat. – Bernama

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan