Sunday, August 20th, 2017

Polis tahan lelaki bersama mercun bernilai RM15,000

Published on August 26, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUANTAN 26 Ogos – Polis Pahang menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disimpannya di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kuantan, DSP Kamaruddin Jaafar, berkata tangkapan itu dijalankan hasil intipan pihak polis terhadap suspek yang berusia 52 tahun itu.

Katanya, suspek ditahan di dalam kereta Honda yang dinaikinya bersendirian pada jam 1 petang semalam di sebuah lokasi di sini yang enggan didedahkan Kamaruddin.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek polis menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan itu polis telah memeriksa rumah sewa suspek di Taman Datuk Rashid di sini kira-kira pukul 10.50 malam tadi yang menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM10,000. – BERNAMA

Sub Topik: , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan