
Print This Post
KINSHASA 26 Ogos – Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut dan seorang terselamat apabila sebuah pesawat penumpang terhempas ketika melakukan pendaratan di barat Republik Congo, hari ini.
Pesawat Filair Let-410 dengan dua enjin turbo itu dilaporkan gagal melakukan pendaratan di Bandundu selepas berlepas kira-kira 300 kilometer dari ibu negara, Kinshasa.
Timbalan Gabenor Wilayah Bandundu, Vicky Mboso Muteba, berkata kejadian berlaku selepas pesawat dipercayai kehabisan minyak.
“Setakat ini 19 mayat sudah dikeluarkan dari bangkai pesawat dengan dua terselamat.
“Bagaimanapun, salah seorang yang terselamat meninggal dunia ketika dibawa ke hospital,” katanya.
Pemilik Filair Airline, Belgian Daniel Philemotte, 62, juga antara yang terbunuh bersama pembantu juruterbang dan seorang pramugari.
Mboso berkata, selepas gagal mendarat, pesawat menuju ke Bandar Bandundu sebelum merempuh beberapa kediaman penduduk tetapi tiada yang maut selepas mereka dikatakan sempat melarikan diri. – AFP /BH
Sub Topik: Antarabangsa, Berita Kemalangan, Global, Pesawat Terhempas, Tragedi
