Sunday, June 25th, 2017

4 penumpang bas dibunuh di selatan Filipina

Published on August 26, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

MANILA 26 Ogos – Lelaki bersenjata memakai seragam polis menahan sebuah bas di selatan Filipina awal pagi ini dan menembak mati empat penumpang termasuk dua marsyal polis.

Serangan itu berlaku cuma tiga hari selepas seorang bekas anggota polis menawan sebuah bas dinaiki pelancong dari Hong Kong dan membunuh lapan daripada mereka sebelum beliau ditembak mati polis.

Menurut polis, bas yang diserang hari ini dalam perjalanan dari Cagayan de Oro ke bandaraya Zamboanga di selatan Filipina apabila ia ditahan pada satu sekatan oleh lelaki bersenjata yang memakai seragam polis.

Mereka mengarahkan penumpang turun dari bas dan menembak mati empat daripada mereka termasuk dua marsyal polis yang memakai seragam.

Marsyal ditempatkan dalam bas yang melalui lebuh raya di wilayah itu selepas lelaki bersenjata menahan sebuah bas awal bulan ini untuk memeras penumpang. – AP/BH

Sub Topik: , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan