Monday, October 22nd, 2018

Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

Published on January 1, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, berikutan timbul isu lain yang perlu didengar terlebih dulu.

Dalam prosiding semalam, Peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris, berkata mahkamah perlu memutuskan isu kelewatan Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan kehakiman sebelum membenarkan semakan.

“Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan selepas 82 hari keahliannya dibatalkan pada 16 September lalu.

“Mengikut Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, semakan perlu difailkan dalam tempoh 40 hari,” katanya.

Cecil berkata, lanjutan masa untuk memfailkan semakan adalah isu berhubung bidang kuasa dan mahkamah perlu mendengar hujah kedua-dua pihak sebelum buat keputusan.

Sementara itu, peguam Tengku Muhammad Fakhry, K Shammuga berkata, permohonan semakan kehakiman itu difailkan sebaik anak guamnya menerima surat setiausaha majlis pada 26 Oktober lalu bagi menjawab pertanyaan berhubung alasan pembatalan keahliannya.

Katanya, tiada alasan diberikan setiausaha majlis itu dalam surat berkenaan, selain menyatakan pembatalan dibuat atas perintah Pemangku Raja Kelantan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof tetapkan 12 Januari ini membuat keputusan sama ada isu kelewatan semakan kehakiman perlu didengar sebelah pihak atau kedua-dua pihak.

–Berita Harian–

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan