Monday, October 22nd, 2018

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

Published on January 1, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan terhadap penuntut yang sengaja menggunakan sudut berkenaan untuk kepentingan peribadi atau politik berdasarkan buku panduan mengenainya.

Kementerian berkenaan sudah menerbitkan buku itu baru-baru ini sebagai landasan untuk pentadbir IPT dan penuntut berbincang mengenai aspek yang boleh disentuh dan sebaliknya bagi memastikan kebebasan diberikan kementerian dan IPT tidak disalahgunakan.

“Saya yakin, penuntut IPT sekarang bukan macam penuntut zaman 1960-an dan 1970-an dulu yang kebanyakannya menggunakan sudut pidato untuk kepentingan politik.

“Kalau ada (penuntut) tidak bertanggungjawab, pihak pentadbir universiti lebih bijaksana untuk mengambil tindakan. Penuntut harus berunding dengan HEP masing-masing. Saya yakin, tidak akan timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Pendakian Solo 1Malaysia Mohd Noor Mat Amin bersama 111 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), di kaki Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Program itu mencuba meletakkan nama Mohd Noor, 42, dalam Guiness Book of World Records melalui pendakian 111 kali Gunung Kinabalu dalam tempoh 111 hari, mulai semalam dan dijangka berakhir pada 19 April 2010.

Ia akan diteruskan dengan pendakian 111 kali Menara Kuala Lumpur dari 1 hingga 7 Mei 2010.

Bagi menjayakan program, seramai 111 orang penuntut UMS akan mengiringinya.

–Berita Harian–

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan