
Print This Post
BARCELONA: Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan Piala Joan Gamper yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan Barcelona menundukkan AC Milan 3-1 menerusi sepakan penalti.
Perlawanan terpaksa dilanjutkan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Barcelona mendahului hasil jaringan penyerang Sepanyol, David Villa pada minit ke-48 sebelum AC Milan menyamakan kedudukan menerusi Inzaghi pada minit ke-55. – AFP/BH
Sub Topik: AC Milan, Barcelona, Bola Sepak, Sukan
