- Berita Terkini - http://berita.mediakini.com -

Piala Joan Gamper: Barcelona tewaskan AC Milan

Posted By admin On 26 August 2010 @ 10:13 am In Berita Harian,Sukan | No Comments

BARCELONA: Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan Piala Joan Gamper yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan Barcelona menundukkan AC Milan 3-1 menerusi sepakan penalti.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Barcelona mendahului hasil jaringan penyerang Sepanyol, David Villa pada minit ke-48 sebelum AC Milan menyamakan kedudukan menerusi Inzaghi pada minit ke-55. – AFP/BH


Article printed from Berita Terkini: http://berita.mediakini.com

URL to article: http://berita.mediakini.com/am/akhbar-online/berita-harian/piala-joan-gamper-barcelona-tewaskan-ac-milan-menerusi-penalti.html

Copyright © 2011 Berita Terkini. All rights reserved.