Saturday, June 24th, 2017

Ah long ganas tembak rumah

Published on December 31, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

BUKIT MERTAJAM – Jika sebelum ini ceti haram atau ah long menyimbah cat merah di rumah peminjam sebagai ugutan, kini mereka beralih strategi dengan melepaskan beberapa das tembakan ke rumah mangsa.

Itulah yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat yang didiami empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Taman Serumpun, Berapit, di sini awal pagi semalam.

Rumah tersebut menjadi sasaran tiga lelaki tidak dikenali yang melepaskan beberapa das tembakan rambang dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah berkenaan.

Kemudian kira-kira pukul 6.10 pagi, rumah berkenaan sekali lagi menjadi sasaran apabila seorang lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan.

Bagaimanapun kesemua ahli keluarga di rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kosmo

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan