Sunday, June 25th, 2017

Cabar pertahan pingat emas Sukan SEA

Published on September 24, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post
  • Sukan SEA 2011

MEREKA masih muda tetapi mereka tetap anak ‘jantan’. Tewas 0-2 di tangan gergasi Asia, Jepun pada aksi pembuka tirai Kumpulan C pusingan Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Rabu lalu juga sewajarnya menjadi iktibar buat anak-anak buah Ong Kim Swee daripada berterusan ‘merengek’ bagi menagih simpati mereka yang berada di luar padang.

Selepas ini, misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Palembang, Indonesia November depan akan menjadi keutamaan skuad Olimpik negara bagi membuktikan ‘kejantanan’ masing-masing.

Kemarau pingat emas selama 20 tahun yang berjaya dinoktahkan skuad kebangsaan ketika Sukan SEA kali ke-25 di Laos dua tahun lalu juga harus dibuktikan oleh skuad Olimpik bahawa keja- yaan tersebut bukan sekadar nasib.

Hakikatnya – mempertahankan sesuatu sudah pasti lebih sukar berbanding meraih sesuatu – dan ia harus diterima oleh barisan muda negara.

Bagi Kim Swee, misi yang digalas cukup berat, namun pada masa sama ia bukan bermakna mereka mahu ‘mengibar bendera putih’ begitu sahaja.

Apa yang pasti, tujuh muka baharu dijangka memperkuatkan cabaran skuad negara di Sukan SEA kelak lantaran membenarkan pemain bawah 23 tahun beraksi, dan dua daripadanya yang menggamit perhatian Kim Swee ketika ini ialah penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar serta bek kiri Selangor, Asraruddin Putra Omar.

“Selain kedua-dua pemain tersebut, saya masih lagi menilai lima lagi pemain bagi memperkuatkan pasukan negara.

“Bukan tidak percaya dengan barisan pemain sedia ada, cuma saya memanfaat- kan peluang mendapatkan khidmat pemain yang masih layak kerana pengalaman pemain amat penting bagi menentukan kejayaan pasukan,” katanya.

Dua tahun lalu, pasukan kebangsaan di bawah tunjuk ajar Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun apabila membenam cabaran Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir.

Selain menggalas cabaran di Palembang, pasukan Olimpik negara juga masih mempunyai harapan meneruskan kemaraan kelayakan Olimpik apabila dijadualkan menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 November depan.

Kim Swee berkata, mesej yang diterima anak-anak buahnya semasa tewas di tangan Jepun juga akan dijadikan panduan bagi meni- lai semula prestasi skuad kebangsaan.

“Banyak kelemahan ketara, terutamanya di bahagian pertahanan ditunjukkan semasa menentang Jepun.

“Jika diikutkan hati, saya mahu mengadakan latihan setiap minggu namun pada masa sama tidak mahu mengganggu fokus pemain yang kembali terikat dengan pasukan masing-masing pada saingan Piala Malaysia,” katanya yang selamat tiba bersama skuad negara di tanah air kelmarin.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan