Sunday, August 20th, 2017

Keluarga ragui punca kematian Mohd Helmi

Published on September 23, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang ditemui cedera teruk pada kepala selepas didakwa kemalangan akibat dihempap pokok ketika ribut berhampiran hentian rawat dan rehat (R&R) Gua Musang Selasa lalu, meninggal dunia pada pukul 5 pagi semalam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Bagaimanapun, kematian lelaki itu, Wan Mohd. Helmi Wan Daud, 24, yang berasal dari Bandar Permaisuri, Setiu, menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarganya kerana dakwaan awal bahawa kecederaan itu disebabkan dihempap pokok dinafikan oleh rakan mangsa yang mendakwa mangsa telah dipukul.

Menurut bapa angkatnya yang tinggal bersama arwah di Gua Musang, Tuan Ismail Tuan Mat, 66, bertindak atas maklumat terbaharu itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Kubang Kerian di sini semalam.

“Pada malam Selasa lalu, seorang jiran memberitahu, Wan Mohd. Helmi cedera dan pengsan kerana dihempap pokok dalam kejadian ribut dan dia dibawa ke Hospital Gua Musang sebelum dikejarkan ke HUSM.

“Bagaimanapun, dia meninggal dunia pukul 5 pagi tadi (semalam) namun, dua rakannya yang ada bersama-sama di tempat kejadian pada masa itu ketika datang melawatnya di HUSM semalam (kelmarin) memberitahu, arwah cedera bukan disebabkan dihempap pokok tetapi dipukul orang,” katanya.

Sub Topik: , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan