Sunday, August 20th, 2017

Negeri Sembilan buru kemenangan

Published on September 24, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post
  • Piala Malaysia 2011

NEGERI Sembilan hanya mahukan kemenangan pada aksi Kumpulan B menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini bagi menjamin tempat ke pusingan suku akhir.

Kekalahan mengejutkan kepada PKNS Selangor minggu lepas sudah tidak lagi bermain difikiran mereka dan fokus skuad Hoben Jang Hoben itu kini hanyalah untuk memburu tiga mata mutlak.

Jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, fokus perlawanan malam ini adalah untuk memburu tiga mata dan tidak rela kekecewaan ke atas PKNS berulang.

“Saya optimis untuk mengutip tiga mata penuh tetapi pada masa yang sama tidak akan memandang mudah pasukan berstatus kelab ini yang telah mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Terengganu sebelum ini.

“Dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku, jadi fokus kita tentunya memberi aksi yang terbaik dan mahu menang, apatah lagi sudah tiada perlawanan di gelanggang sendiri selepas ini,” katanya di Seremban semalam.

Ujarnya, beliau juga akan memberi perhatian terha- dap taktikal perlawanan bagi memastikan anak-anak buahnya mengikut segala strategi yang dirancang.

Menurut Azraai, kecergasan kesemua pemain berada ditahap yang baik serta memuaskan dan tiada sebarang perubahan besar dilakukan dalam kesebelasan utama.

Katanya, pemain senior seperti ketua pasukan, Muhamad Shukor Adan, Idris Karim, Hairuddin Omar dan pemain muda berpengalaman, S.Kunalan serta Shahurain Abu Samah memainkan peranan peting dalam mengatur gerak pasukan.

“Khidmat mereka akan terus ditagih bagi merealisasikan misi memburu tiga mata,” katanya.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan