Sunday, August 20th, 2017

Tipu guna cop palsu MB Perak

Published on September 23, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

BEBERAPA dokumen dan cop getah yang dirampas daripada dua lelaki dipercayai terbabit dalam dua kes penipuan di Perak semalam.

IPOH – Polis percaya dapat menyelesaikan kes penipuan menggunakan kepala surat dan cop rasmi palsu Menteri Besar Perak berikutan penahanan dua lelaki termasuk seorang guru penolong kanan sebuah sekolah baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kedua-dua suspek yang berusia 45 dan 47 tahun itu ditahan pada 13 September lalu.

Katanya, semasa ditangkap polis turut merampas tiga unit cop getah yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi Pejabat Menteri Besar Perak.

“Salah seorang yang ditangkap bekerja sebagai kontraktor manakala seorang lagi merupakan penolong kanan sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Kita juga menemui beberapa dokumen berhubung permohonan untuk projek perusahaan pembalakan di Perak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan