Saturday, August 19th, 2017

'Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

Published on January 1, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KOTA BHARU, 31 Dis – Ekspedisi Ziarah Kasih yang telah menjadi program tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat setiap kali menyambut tahun baru, merupakan sumbangan sosial mereka kepada masyarakat tanpa mengira batasan agama dan parti.

Ketuanya, Ustaz Nasharuddin Tantawi, bagaimanapun berkata program yang turut mendapat kerjasama Dewan Pemuda PAS setiap negeri itu, akan berjalan serentak sempena Sambutan Tahun Baru 2010 hanya akan tertumpu pada bandar-bandar besar.

“Sebagai contohnya di ibu negara sendiri kita akan memantau di KLCC, Padang Merdeka, Bukit Bintang dan Lembah Klang, mana kala di negeri-negeri lain seperti Ipoh, Perak, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Pahang.

“Kita tahu negeri ini merupakan negeri tertinggi yang mengalami masaalah sosial yang paling tenat setip kali menyambut tahun baru,”ujarnya.

Katanya lagi, sempena ekspedisi ini, beberapa langkah diambil antaranya mengedarkan risalah berbentuk agama kepada golongan remaja untuk diambil manfaat walaupun sewaktu sedang berseronok.

Selain itu, menurutnya kaunselin dan kesedaran agama turut diberikan kepada mereka sempena pemantauan yang digerakkan secara besar-besaran itu kerana tidak mahu membiarkan mereka sentiasa hanyut.

Beliau berkata demikian kepada media semepena majlis penutup Akademi Sayang Nyawa Kelantan Darulnaim, anjuran Muafakat Belia Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Nasharuddin memberitahu, pihaknya bersyukur memandangkan sumbangan kecil DPPP itu cukup mendapat infak yang baik daripada golongan belia sendiri bahkan mereka cukup insaf dengan jalan yang dilalui mereka.

“Kerana itu setiap tahun selepas majlis sambutan berkenaan beberapa buah pusat pendidikan Islam yang dianjurkan oleh Ngo meningkat kerana disertai oleh golongan itu, alhamdulillah,” ujarnya.

–Harakahdaily–

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan