Sunday, June 25th, 2017

Ambulans dirempuh kereta

Published on September 25, 2011 by   ·   1 Komen      Print This Post Print This Post

MARAN: Seorang pemandu ambulans dan seorang pembantu klinik dari Klinik Kesihatan Maran, di sini, nyaris maut apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika mahu mengambil mangsa kemalangan di Kilometer 156.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, ambulans dinaiki petugas klinik terbabit masing-masing berusia 30-an berada di lokasi berkenaan untuk menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas tetapi berada di seberang lebuh raya di laluan menuju ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, sebaik tiba di lokasi, ambulans berkenaan dikatakan mahu menyeberang jalan selepas pihak peronda LPT membuka penghadang besi di tengah laluan.

Menurutnya, ketika membelok untuk ke laluan bersebelahan, tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dinaiki dua wanita yang dipandu laju merempuh ambulans secara berdepan.

“Rempuhan terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di depan dan sisi, namun semua mangsa terselamat dan tidak cedera,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Johari berkata, berlaku sedikit kesesakan selepas kemalangan terbabit berikutan kedua-dua kenderaan berada di tengah jalan sebelum dialihkan.

“Berikutan kemalangan itu, sebuah ambulans lain dihantar untuk mengambil penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an yang cedera ringan selepas terbabas.

Mangsa yang terbabit dengan kemalangan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (1)

  1. h.y.yahaya says:

    kpd kementerian kesihatan malaysia..diharap dpt pantau kecekapan dan keperihatinan bagi memberi rawatan segera kpd pesakit yg tiba di bahagian kecemasan.tindakkan segera yg amat lemah dan tidak berperikemanusiaan..pengalaman saya semasa menjadi mangsa langgar lari dan mendapat cedera parah..di hospital besar k.trg.
    driver ambulan blh dipuji bg menjalankan tugasnya. memandu ambulan umpama berguru dgn pelumba rally..dgn tdk peduli walaupun penumpang patah riuk ditambah lagi dgn keadaan fizikal jln-jln yg berombak dan berlubang …anda semua blh fikirkan pasal tu.
    tapi apa guna itu semua..sampai di bahagian kecemasan terpaksa menunggu lama bagi menerima rawatan.doktor bercutilah..rehatlah..makanlah..sibuklah..daftarlah..x-traylah..itulahh inila..dgn kerenah jururawatnya yg asyik dgn handponnya lah..rasanya hampir tiga jam..sehingga ada seorg remaja disebelah katil saya drp mengerang kesakitan meminta pertolongan namum jururawat kehulu kehilir langsung tak blh nk buat apa. last-last senyap macam tu je..bila dr dtg pesakit dah mati..kesian..jd apa guna ambulan bawa laju…bikin gempak tapi hasilnya…rawatan mundur macam zaman perang..




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan