Sunday, June 25th, 2017

Piala Malaysia: Angin baru Selangor

Published on September 23, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

LUPAKAN kekecewaan ditinggalkan K Devan dan fokus untuk mencari kemenangan mutlak apabila turun menentang PDRM di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam esok.

Itu harapan ketua jurulatih Selangor yang baru, P Maniam kepada anak buahnya bagi memastikan ‘Misi 33’ yang dilancarkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk meraih Piala Malaysia musim ini terus relevan sehingga perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D.

“Memang pemain agak kecewa dengan keputusan mengejut beliau (Devan) namun sebagai pemain profesional mereka perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Itu yang saya nampak selepas mengetuai sesi latihan sejak Selasa lalu dan mereka kini semakin bersemangat untuk berdepan PDRM, pasukan yang ditewaskan 2-0 di pusingan pertama sebelum ini,” kata pengendali berusia 43 tahun itu yang bertindak sebagai penolong jurulatih sebelum ini.

Mengenai perancangannya menentang pasukan tercorot Kumpulan D itu, Maniam berkata sebahagian besar pemain yang menjadi pilihan Devan dalam kesebelasan utama sebelum ini akan dikekalkan kerana yakin dengan kualiti yang dimiliki mereka.

“Saya akan melakukan perubahan taktikal dan mengharapkan perubahan karektor pemain untuk memberikan aksi seratus peratus dalam baki dua perlawanan ini,” katanya yang turut menyedari ia bukannya tugas yang mudah terutamanya dengan keupayaan PDRM mengikat Kuala Lumpur minggu lalu untuk meraih mata.

Selangor yang kini mengumpul empat mata perlu mencatatkan kemenangan dalam pertemuan menentang PDRM sambil mengharapkan Kuala Lumpur yang kini mengumpul lapan mata tewas atau seri menentang pendahulu kumpulan, T-Team (sembilan mata).

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan