Sunday, August 20th, 2017

Terbuka Jepun: Lee Chong Wei jumpa Peter Gade

Published on September 24, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post
  • Badminton Terbuka Jepun 2011

JIKA dijadikan ukuran dan penilaian di atas kertas serta berdasarkan perbezaan ranking pemain Jepun, Kenichi Tago bukanlah lawan sebenar buat Datuk Lee Chong Wei yang kini menduduki ranking pertama dunia.

Begitupun Chong Wei terpaksa bermandi peluh sebelum dapat menewaskan Tago 21-23, 21-7, 21-18 dalam tempoh 56 minit untuk mara ke separuh akhir menentang pemain yang cukup sinonim dengannya, Peter Gade yang menewaskan pemain Indonesia Simon Santoso pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun, hari ini. Bagi jurulatih, Tey Seu Bock, Chong Wei sebenarnya tidak berdepan dengan masalah dan semuanya berjalan lancar sehinggalah di set ketiga apabila dilihat mula hilang fokus.

“Dia mungkin boleh menamatkan permainan lebih awal sekiranya dapat menumpukan perhatian. Melihat daripada kesilapan demi kesilapan dilakukan, Chong Wei mula mengikut rentak lawan. Apapun bagi saya dia tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya.

Kali terakhir dua pemain ini bertemu adalah setahun lalu di kejohanan Siri Super Terbuka Jepun dengan kemenangan mudah berpihak kepada Chong Wei.

Dalam pertarungan tiga set itu, Tago terlebih dulu mengejutkan Chong Wei dengan kemenangan 23-21 di set pertama biarpun pemain utama negara itu mendahului dengan selesa pada kedudukan 16-11.

Kealpaan Chong Wei akhirnya menghukum diri sendiri apabila Tago berjaya menyamakan kedudukan 18-18 dan episod kejar mengejar bermula sebelum kemenangan berpihak kepada Tago.

Chong Wei, yang memegang rekod 7-0 ke atas pemain Jepun itu, mudah menundukkan lawannya 21-7 pada set kedua.

Bagaimanapun, Chong Wei terus melakukan kesilapan pada set penentuan dengan membenarkan Tago yang sebelum itu ketinggalan sembilan mata untuk terus mengejarnya sebelum menang 21-18.

Sementara itu dalam acara beregu lelaki yang menemukan dua pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan Goh Wei Shem-Lim Khim Wah 21-16, 19-21, 21-17 dalam masa 44 minit.

Kien Keat-Boon Heong, pilihan ketiga, bagaimanapun berdepan ranjau berduri pada separuh akhir hari ini apabila bertemu pilihan utama Cai Yun-Fu Haifeng dari China. Cai Yun-Haifeng, yang mendahului 7-4 ke atas pasangan Malaysia itu, menundukkan beregu Indonesia, Alvent Yulianto-Hendra Gunawan 21-12, 21-14 pada suku akhir semalam.

Namun, pada pertembungan terakhir antara kedua-dua pasangan itu, Kien Keat-Boon Heong menang straight set pada separuh akhir Seluruh England Mac lalu.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan