Saturday, August 19th, 2017

453 kereta curi berjaya dikesan

Published on October 2, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

PASIR PUTEH 1 Okt – Polis mengesan 453 kereta buatan tempatan bernilai hampir RM1 juta yang dilaporkan dicuri dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, berdasarkan maklumat siasatan mendapati sebahagian besar kereta dari jenis Proton dicuri oleh individu untuk dijual menerusi pasaran gelap di luar Kelantan dan sebahagian lagi berkemungkinan diseludup ke negara jiran.

Beliau berkata, kebanyakan kes kecurian itu dilakukan bersendirian dan tidak melibatkan sindiket besar tetapi memiliki rangkaian pasaran pembeli yang luas sehingga ke selatan Thailand.

“Ada di antara kereta itu dileraikan untuk dijadikan sebagai alat ganti untuk dijual di kawasan ladang di seluruh negara dan mungkin dijual terus kepada sindiket di negara jiran.

“Daripada jumlah kes itu, sebahagian kereta berjaya diperoleh semula dan suspek berjaya diberkas pihak polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Komuniti Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini semalam.

Mazlan berkata, kegiatan curi kereta oleh individu termasuk penagih dadah sudah menjadi trend pada masa ini untuk mendapatkan sumber pendapatan dengan jalan mudah.

Selain kecurian kereta, katanya, dalam tempoh sama polis turut mengesan 1,913 kes curi motosikal yang sebahagian besarnya dari jenama Honda EX-5 yang dileraikan untuk mendapatkan enjin manakala kerangkanya pula dibuang ke dalam sungai dan parit.

“Ia diikuti dengan 631 kes pecah rumah, 218 jenayah seksual termasuk kes rogol secara bergilir-gilir yang turut membabitkan remaja perempuan berusia 14 hingga 15 tahun sebagai mangsa.

“Selain itu, sebanyak 250 kes pergaduhan yang membabitkan golongan remaja, dewasa dan warga tua mencecah usia 60 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada keseluruhannya indeks kadar jenayah di Kelantan semakin menurun iaitu dari 5,294 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas menurun kepada 4,563 kes pada tahun ini.

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan