Saturday, June 24th, 2017

Keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh dicabar – Mahkamah Tinggi

Published on January 29, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra hari ini gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta.

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Tengku Muhammad Faris, yang juga Pemangku Raja Kelantan, pada 16 September lalu itu tidak boleh diadili oleh atau dicabar di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa isu-isu berkaitan dengan Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan Undang-Undang tubuh Negeri Kelantan tidak boleh diadili.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, yang juga suami Manohara Odelio Pinot diwakili peguam, K. Shanmuga.

Tengku Muhammad Faris diwakili peguam, Datuk Cecil Abraham, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Pejabat Peguam Negara.

–- Utusan Malaysia

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan