Saturday, August 19th, 2017

Ku Li setuju ketuai Kaukus Royalti Kelantan

Published on January 29, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Beliau pada masa sama berkata, fungsi kaukus tersebut seharusnya diperluaskan dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya sedia terima jadi pengerusi kaukus sekarang tetapi tidak ada makna kalau tak ada orang nak sertai.

“Saya juga cadangkan kaukus ini bukan sahaja melibatkan petroleum semata-mata tetapi juga melibatkan kuasa Kerajaan Pusat.

“Sudah sampai masanya kita kaji semula kedudukan Kerajaan Pusat kerana semua cukai dan hasil yang dikutip hanya mereka yang dapat, bagaimana pula kedudukan negeri-negeri yang juga menyumbang kepada hasil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri. Kira-kira 20,000 rakyat negeri Kelantan hadir pada majlis tersebut.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin pembangkang meminta Tengku Razaleigh mempengerusikan satu kaukus mengenai wang royalti minyak di Kelantan.

Penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas dalam ceramah malam ini juga mencetuskan kontroversi kerana berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.

Tengku Razaleigh berkata, kajian semula itu perlu kerana kerajaan pusat perlu faham bahawa usaha memajukan negara bermakna semua negeri perlu dimajukan.

“Kita kena fikir semula perjanjian yang dibuat pada tahun 1948 itu kerana mungkin datuk nenek kita tidak terfikir apa yang terjadi pada tahun 2010 ini,” katanya.

–Utusan Malaysia

VIDEO-VIDEO BERKAITAN:

Intro | Video 1 | Video 2 | Video 3 | Video 4

Sub Topik: , , , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan