Saturday, August 19th, 2017

PAS tak bincang Hudud dengan DHPP

Published on October 2, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post
  • DHPP kecewa tidak dipanggil berbincang

KOTA BHARU 1 Okt – Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mendedahkan mereka tidak pernah dipanggil untuk berbincang atau diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Ekoran daripada itu wujud ‘cakap-cakap’ yang menyatakan kepimpinan DHPP amat kecewa sehingga menyebabkan sayap yang baru ditubuhkan dalam parti itu kira-kira dua tahun lalu hilang kepercayaan kepada pemimpin tertinggi Pas dan mengancam untuk meninggalkan parti itu beramai-ramai.

Ketuanya, Hu Pang Chow ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini berkata, dalam politik tidak ada sesuatu yang pelik dan banyak perkara boleh berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Saya tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud ini, di Pantai Timur isu hudud tidak menjejaskan Pas kerana bukan Islam adalah minoriti tetapi kalau di Pantai Barat ya, malah saya mendapat terlalu banyak panggilan telefon mengenai isu ini.

“Masa depan DHPP saya tidak tahu tetapi dalam politik apa pun boleh berlaku. Kalau bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad boleh keluar Pas, jadi tidak ada sesuatu yang pelik dalam politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa DHPP akan dibubarkan sebagai tanda tidak puas hati dengan kepimpinan Pas.

Pang Chow turut mendakwa pihaknya tidak pernah diberikan peranan dalam Pas biarpun mempunyai kira-kira 20,000 penyokong.

Sub Topik: , , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan