Sunday, June 25th, 2017

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti

Published on October 2, 2011 by   ·   1 Komen      Print This Post Print This Post

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Bentayan state assemblyperson Gwee Tiong Hiang crying tearsMenurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan ‘ejen’ empat hari selepas dihubungi.

Katanya, ‘ejen’, tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, ‘ejen’ itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

dap pc 011011 01“Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi …

“Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP,” kata Gwee, sambil mengesat air mata.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (1)

  1. along says:

    Sungguh memalukan teknik BN ni, saya kagum dengan tuan dengan tidak berganjak dari DAP biarpun ditawarkan sejumlah wang.Memang beginilah teknik BN, membeli wakil rakyat sampai dapat memerintah. Demokerasi apa ni. Beli seorang sahaja. Pengundi jadi bodah, kasian. Hapuskan rampasan kuasa halus ni. Perak telah jadi mangsa. Malu … tiada dem,okerasi, terima lah kenyataan kalau kalah.. cuba dimasa depan.




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan