Sunday, August 20th, 2017

Anak Datuk Bandar Petaling Jaya bebas tuduhan samun

Published on October 1, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

PETALING JAYA 30 Sept – Anak kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman antara tiga lelaki yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menyamun dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap seorang penjaga kafe siber, tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Mohd. Khairul Amir Mohamad Roslan, 23, dan dua rakannya di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh-tertuduh lain terdiri daripada anak kepada seorang ahli perniagaan hartanah yang bergelar Datuk, Mohd. Radzak Razali, 22, dan anak kepada seorang bekas anggota polis, Zul Helmi Mohammad, 23.

‘‘Setelah meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh-tertuduh tanpa dipanggil membela diri,’’ katanya.

Rozina berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan saksi-saksi penting seperti mangsa dan pengadu untuk memberi keterangan sebaliknya hanya bergantung kepada keterangan pegawai polis.

‘‘Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd. Radzak) dan kedua (Zul Helmi) ketika kawat cam juga diragui.

‘‘Ini kerana berdasarkan keterangan saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat, Inspektor Zaini Mohamad Piah, tangkapan kedua-dua tertuduh itu adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan bukan berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu,’’ katanya.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan