Sunday, June 25th, 2017

Isu bendera: DAP gantung Manoharan 6 bulan

Published on September 23, 2011 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kota Alam Shah, M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih mengkaji kes itu dan menasihatkan semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan