Saturday, August 19th, 2017

Kanak-kanak 5 tahun mati dilanggar van sekolah

Published on August 25, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUANTAN 25 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dilanggar sebuah van sekolah ketika melintas jalan berhampiran Pejabat Perhutanan Negeri Pahang di Bukit Sekilau di sini, semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Superintendan Mohd Najid Jusoh, berkata dalam kejadian 6.10 petang itu, Mohamad Hafiz Mohd Jun dipercayai cuba berlari melintas jalan.

Mangsa cedera parah di dada dan kepala dan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Dalam kejadian lain, seorang wanita warga negara Indonesia, Rosmani Jamain, 45 meninggal dunia selepas mengalami cedera parah di muka dan kepala akibat terhantuk di kerusi depan tempat duduk penumpang dalam bas yang dinaikinya di Kilometer 52 Jalan Temerloh-Kemasul dekat Temerloh semalam.

Mohd Najid berkata, dalam kejadian pada 3.15 petang itu, bas henti-henti dalam perjalanan dari Temerloh ke Kemasul telah bergesel dengan sebuah lori membawa muatan batu yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat dari pergeselan itu, dinding bas tersebut telah terkopak menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat terhantuk dengan kuat manakala pemandu dan dua penumpang mengalami cedera parah,” katanya.

Menurutnya mereka yang cedera sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. – Bernama

Sub Topik: , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan