- Berita Terkini - http://berita.mediakini.com -

Sosilawati mati dibunuh

Posted By admin On 12 September 2010 @ 4:46 am In Berita Pilihan,Jenayah | No Comments

  • Jutawan kosmetik dibakar bersama 3 individu yang hilang
  • 7 suspek termasuk peguam paling dikehendaki polis ditahan
  • Abu mayat dibuang ke laut

KUALA LUMPUR 11 Sept – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Berita lanjut sila ikuti di http://mediakini.com [1]


Article printed from Berita Terkini: http://berita.mediakini.com

URL to article: http://berita.mediakini.com/am/berita-pilihan/sosilawati-mati-dibunuh.html

URLs in this post:

[1] http://mediakini.com: http://mediakini.com

Copyright © 2011 Berita Terkini. All rights reserved.