Saturday, July 31st, 2010

Budak 3 tahun jatuh dari tingkat 13

Published on January 23, 2010 by editor   ·   No Comments

SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Khalidiya, Abu Dhabi kata polis semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, budak tempatan itu dipercayai tergelincir dan terjatuh melalui tingkap terbuka di rumah saudara keluarganya.

Pengarah Siasatan Jenayah Abu Dhabi, Kolonel Maktoum Ali al-Sharifi, berkata kesan hentakan dari jarak tinggi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan polis, katanya, kejadian itu berpunca daripada kecuaian penghuni rumah berkenaan.

Sementara itu, sumber berkata, ibu bapa budak terbabit sebelum ini bercerai dan mangsa menetap bersama ibu dan seorang pembantu rumah.

Mayat mangsa dikebumi sebaik saja proses bedah siasat selesai dijalankan.

Sementara itu, Maktoum menggesa ibu bapa tidak membiarkan kanak-kanak tinggal berseorangan di rumah, terutama di apartmen.

“Pastikan semua tingkap dikunci bagi mengelak kanak-kanak meletak perabot berhampiran tempat berisiko,” katanya.

Menurut statistik, seramai 6,146 kanak-kanak terbabit dalam pelbagai jenis kemalangan di antara 2001 dan 2007.

Namun, disebabkan kelemahan peruntukan undang-undang, tiada tindakan diambil terhadap sesiapa dalam semua kes itu.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Berita Berkaitan