Sunday, January 21st, 2018

Siswa UM bantah yuran kolej kediaman naik

Published on January 1, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KIRA-kira 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkumpul di pejabat asrama Kolej Kediaman kelapan – Kolej Kinabalu – untuk menuntut penjelasan berhubung kenaikan yuran kolej kediaman bagi semester ini, semalam.

Pihak pentadbiran telah menaikkan yuran kolej kediaman sebanyak RM200 lagi dan menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM1,400.

Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal (kanan) bersama tiga orang lagi sedang berada di dalam pejabat pengetua kolej tersebut berhubung perkara itu.

Mereka dilihat masuk ke pejabat pada jam 11.50 pagi dan keluar 15 kemudiannya.

Mereka memberitahu Malaysiakini bahawa pengetua, Dr Zulqarnian Mohamed tiada di pejabat dan pihaknya telah membuat temujanji untuk menemuinya Isnin ini.

Surat temujanji dengan dengan Dr Zulqarnian telah dihantar Fadzil telah dihantar petang semalam.

Kira-kira 50 pelajar menyertai perhimpunan itu dengan membawa tiga kain rentang yang bertulis “Kenaikan yuran membebankan mahasiswa”, “Jangan naik yuran kolej” dan “MPMUM bersama pelajar kolej 8″.

Selain kolej kediaman kelapan, pihak pentadbiran turut menaikkan yuran kediaman bagi kolej kediaman keempat, juga sebanyak RM200 kepada RM1,400.

Fadzil berkata, setakat pihaknya dimaklum oleh pelajar dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan.

Sementara itu, bendahari MPMUM, Ahmad Syazwan Mohd Hasan pula berkata, beliau dapat bercakap dengan pengetua kolej kediaman ke-8 melalui telefon.

Katanya, pengetua tersebut memberitahunya bahawa pihak pentadbir kolej berkenaan telahpun menghantar surat kepada pejabat bendahari UM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester,” katanya.

Berikutan itu, kata Ahmad Syazwan (kanan), pengetua berkenaan telah memberi jaminan wang lebihan itu akan dikembalikan kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.

“Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan,” katanya.

–Malaysiakini–

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan