3 rakan ke tali gantung

January 1st 2010 | Posted by editor

KUALA LUMPUR 31 Dis – Hukuman gantung sampai mati ternyata bukanlah berita yang dinanti-nantikan oleh tiga teman karib bagi menempuh tahun baru 2010.

Walaupun perit, mereka bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menjatuhkan hukuman tersebut selepas ketiga-tiganya disabitkan salah mengedar kanabis seberat 20 kilogram, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar Abang Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainuddin M. Yunus, 35; Muzakir Marzuki, 33; dan Abdul Munir Ismail, 54.

Dalam penghakimannya beliau menyatakan kesemua tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan setelah keterangan bela diri mereka bercanggah antara satu sama lain dan bersifat penafian semata-mata.

“Selepas meneliti bukti-bukti, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Zainuddin, Muzakir dan Abdul Munir,” katanya.

Selesai keputusan itu dibacakan, ketiga-tiga tertuduh dilihat menghubungi keluarga masing-masing melalui telefon bimbit yang dipinjamkan oleh peguam bela masing-masing bagi memaklumkan keputusan itu.

Di galeri awam, tiada seorang pun ahli keluarga mahupun rakan mereka hadir.

Mereka bertiga disabitkan salah mengedar dadah tersebut di Jalan Datuk Seri P. Alagendra 2, Kajang Plaza, Kajang pada pukul 1 pagi, 13 April 2004.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Pendakwa Raya, Diar Isda Yazmin di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Sepanjang prosiding berlangsung, seramai enam saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk ketiga-tiga tertuduh dipanggil memberi keterangan.

Zainuddin dari Acheh, Indonesia yang bekerja sebagai pemandu teksi diwakili peguam bela, Wan Mohd. Razali Wan Abdul Kadir.

Sementara Muzakir yang juga rakyat Indonesia dan Abdul Munir, warga tempatan yang bekerja sebagai penjual rokok diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Kedua-dua peguam itu ketika ditemui pihak media menyatakan mereka akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat.

–Utusan Malaysia–

Related Posts

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Sultan Iskandar mangkat

JOHOR BAHRU, 22 Jan - Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. (VIDEO) Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar [...]

Keputusan benar Herald guna kalimah 'Allah' dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md [...]

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan [...]

Cadangan SPR penamaan calon 3 hari tak masuk akal

KUALA LUMPUR 30 Dis - Parti pembangkang menyifatkan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (SPR) (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dengan memberi tempoh bertenang selama 24 jam dan penamaan calon selama tiga hari hanya membuang masa. Malah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap, cadangan yang masih dalam penelitian Suruhanjaya [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.