Kes liwat: Saiful Bukhari sudah sedia hadapi perbicaraan

January 1st 2010 | Posted by editor

KUALA LUMPUR 31 Dis – Mohd Saiful Bukhari Azlan menegaskan sudah bersedia untuk berhadapan dengan perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula Januari ini.

Mohd Saiful berkata, beliau berkeyakinan penuh pada mahkamah dan percaya bahawa hari perbicaraan penuh atau ‘hari kebenaran’ tetap akan tiba tidak lama lagi.

Beliau turut berharap prosiding bagi mendengar permohonan rayuan akhir Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting berkaitan kes itu yang telah ditetapkan mahkamah pada 6 Januari ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

“Setelah menunggu dua bulan untuk tarikh permohonan rayuan ini didengar, akhirnya Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh untuk permohonan tertuduh didengar.

“Saya berharap ia tidak ambil masa lama. Kebenaran untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Ikut jadual, pada 25 Januari nanti, tinggal 26 hari saja,” kata Saiful di dalam blognya.

Saiful mengulas mengenai rayuan akhir Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting pendakwaan dan contoh spesimennya bagi pembelaan kes liwatnya yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 6 Januari ini.

–Utusan Malaysia–

Related Posts

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Sultan Iskandar mangkat

JOHOR BAHRU, 22 Jan - Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. (VIDEO) Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar [...]

Keputusan benar Herald guna kalimah 'Allah' dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md [...]

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan [...]

Cadangan SPR penamaan calon 3 hari tak masuk akal

KUALA LUMPUR 30 Dis - Parti pembangkang menyifatkan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (SPR) (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dengan memberi tempoh bertenang selama 24 jam dan penamaan calon selama tiga hari hanya membuang masa. Malah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap, cadangan yang masih dalam penelitian Suruhanjaya [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.