Sunday, August 20th, 2017

Malaysia Raya Jumaat

Published on September 8, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

KUALA LUMPUR 8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini. [VIDEO]

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sub Topik: , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan