Monday, April 23rd, 2018

Sultan Johor kelima akan dimasyhur hari ini

Published on January 23, 2010 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

JOHOR BAHRU: Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan malam tadi.

“Upacara pemasyhuran itu akan diadakan pukul 1 petang esok sebelum pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar,” katanya pada sidang akhbar malam malam tadi.

Melalui pemasyhuran itu nanti, Tunku Ibrahim bakal diisytiharkan sebagai Sultan Johor kelima dalam pemerintahan Kesultanan Johor.

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahanda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan