Tahun baru: Harga gula naik 20 sen mulai hari ini

January 1st 2010 | Posted by editor

KERAJAAN akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai hari ini, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom di Putrajaya petang semalam.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram. Ini bermakna mulai pukul 12 tengah malam tadi, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai hari ini (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

“Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada 5 sen,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.

“Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian,” katanya.

Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari semalam dan ia boleh dilakukan mulai hari ini (1 Jan) berasaskan pertimbangan mereka.

Related Posts

Kelantan berhak dapat royalti minyak – Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jan - Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. (Lihat Klip Video) Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak [...]

Sultan Iskandar mangkat

JOHOR BAHRU, 22 Jan - Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. (VIDEO) Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar [...]

Keputusan benar Herald guna kalimah 'Allah' dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md [...]

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan [...]

Cadangan SPR penamaan calon 3 hari tak masuk akal

KUALA LUMPUR 30 Dis - Parti pembangkang menyifatkan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (SPR) (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dengan memberi tempoh bertenang selama 24 jam dan penamaan calon selama tiga hari hanya membuang masa. Malah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap, cadangan yang masih dalam penelitian Suruhanjaya [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.