Sunday, January 21st, 2018

Terengganu teruskan saman ke atas Petronas tuntut royalti minyak

Published on December 28, 2009 by   ·   3 Komen      Print This Post Print This Post

KERAJAAN Negeri Terengganu berkeras tidak akan menarik balik kes saman tuntutan royalti minyak ke atas Petronas yang dibuat zaman pemerintahan PAS di negeri berkenaan dahulu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihak tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dan menarik balik kes berkenaan di mahkamah selagi tidak berpuas hati dengan segala hak dan kepentingan kerajaan negeri.

Sehingga kini katanya, Terengganu masih dalam rundingan untuk mendapatkan semula wang tuntutan royalti minyak negeri berkenaan berjumlah RM2.792 bilion daripada Kerajaan Persekutuan.

Ahmad berkata, rundingan tersebut bagaimanapun belum dapat diselesaikan apabila Kementerian Kewangan masih lagi dengan keputusan awal untuk membayar sebanyak RM1.686 bilion sahaja.

Beliau menegaskan bahawa jumlah terbabit tidak dipersetujui sambil memberitahu bahawa tuntutan yang dibuat telah pun ditolak dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri.

“Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan ini dapat kita diselesaikan dan saya boleh nyatakan bahawa selagi perkara ini tidak diselesaikan, perjanjian tidak akan ditandatangani,” katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, di Wisma Darul Iman, 23 Disember lalu.

Terdahulu, Ahmad menjelaskan bahawa Kementerian Kewangan ketika Mesyuarat terakhir di Kuala Terengganu pada 18 Ogos lalu yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah memperincikan bahawa pihaknya menerima RM15.847 bilion daripada Petronas sepanjang 2000 hingga Mac 2009.

Jumlah tersebut digunakan untuk perbelanjaan di negeri ini termasuk di negeri lain berjumlah RM1.686 iaitu RM914.9 juta untuk pelbagai tujuan dan RM771.3 juta bagi Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) di negeri lain.

Selain itu, sebanyak RM1.5947 bilion yang menjadi jumlah tanggungan akan ditolak Kementerian Kewangan sebelum bakinya disalurkan sebagai royalti Kerajaan Negeri.

Secara dasarnya, kementerian bersetuju mengembalikan RM1.686 bilion, namun keputusan tersebut tidak dipersetujui Kerajaan Negeri menyebabkan bayaran royalti masih lagi tertangguh sehingga kini.

Ahmad yang menimbulkan kontroversi semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-12, menolak tanggapan bahawa berlaku konflik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sebaliknya memberitahu tuntutan berkenaan sekadar meminta hak rakyat Terengganu.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (3)

  1. Cucu Tok Aji says:

    Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
    Syabas MB Datuk Haji Ahmad Said, teruskan usaha hingga Berjaya. Ini semua gara-gara petualang MB terdahulu yg amalkan politik PAK KADUK menang sorak habis harta Tenganu tergadai. Sekarang DIA duduk menusuk dimana ? Kami nak tengok wajah petualang bangsa anak cucu cicik Hj Ab Rahman Limbung Kite.

  2. Besut mureh says:

    Ini bukannya ape . Bagi saya lah merupakan satu teknik mengekang seluruh penyokong PAS agar jangan beralih haluan dlm PRU nanti. Memang hasrat asal Pak Kaduk tuh begitu. Jadi nya andai diterus sekalipun Perbicaraan tetap diadakan tak tahu bila selepas ini . Maknanya bila ditimbulkan masa menjelangnya masa kritikal ini untuk tujuan pilihanraya semate-mate. Kemudiang bile di taqdirkan PAS menang saguhati yang sebanyok tu pun mungkin ditarik balik. Inilah celakenya akibat petualang yg skg nih jarang bunyi sora pun.

  3. ayahcik tokku paloh says:

    Orang PAS tak sanggup kata natang ka Dia Tapi orang Dia mungkin atas ARAHAN sanggup kate ke AGUNG NATANG . Canmane lagu tu . Tapi padan dg kesalahan patut dah kate . Biar lah oak dulu.Tak kate gitu pun MALAIKAT dah laknat orang ZALIM . SEsiapa pun yang zalim TEMPAT nya NERAKA JAHANNAM . Kata orang SABAR separuh dard IMAN. Lurut dada ……Allahukbar !!!




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan