Saturday, June 24th, 2017

Tok Guru: Pencuri enjin jet TUDM pikul dosa 1 Malaysia

Published on December 25, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

PIHAK yang terlibat dalam kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk ‘orang dalam’ telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini kerana melibatkan harta negara, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia nak buat lagu mana? Harta, harta kerajaan.. katalah (rakyat Malaysia) 30 juta, maknanya bila kita buat masalah dengan kerajaan Malaysia erti kita berdosa dengan 30 juta orang (rakyat Malaysia)..,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, Kota Bharu, pagi tadi.

Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.

“Hak demo (pihak) curi enjin kapal terbang ni sah dah tidak orang kampung.. orang intelektual semua ni.. orang gaji besar, orang reti belaka ni.. dia nak buat lagu mana akhirat nanti..

“kalau barang ni barang kecil boleh selit-selit celah stokin.. ini enjin kapal terbang nak selit lagu mana celah stokin tak boleh.. nak bubuh dalam poket tak boleh.. Mesti ada pakatan..”

Baru-baru ini insiden kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM mengejutkan banyak pihak.

Sistem kawalan keselamatan negara dipandang rapuh apabila Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi mendedahkan di samping enjin beberapa peralatan kelengkapan lain juga didapati hilang.

Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan insiden tersebut sebagai memalukan negara sekali gus mempersoalkan sistem kawalan keselamatan negara.

“Jelas sekali aspek keselamatan begitu rapuh sehingga harta yang begitu penting kepada pertahanan negara boleh lesap begitu sahaja,” katanya.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan