Saturday, August 19th, 2017

Dr Rosli, 'isteri kedua' berjaya lolos kepungan keluarga 'mertua'

Published on December 30, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

BEKAS Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani yang diperintahkan Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya bermufaraqah dengan isteri keduanya, Nor Ilyani Mohd Noor berjaya melepaskan diri dari kepungan keluarga ‘mertua’nya.

Kira-kira jam 9 pagi semalam, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melepaskan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, Kota Bharu, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Mohd Noor yang agak tercabar dengan tindakan ‘menantunya’ bertekad untuk mencari pasangan berkenaan walau pun sampai ke lubang cacing

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” katanya.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufaraqah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Pada 21 November lalu, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang juga adalah isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan