Saturday, June 24th, 2017

Elia dakwa kahwin Sultan Kelantan pada 2007

Published on December 29, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

TERBARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) semalam (29 Disember) mengesahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan dengan Elia Suhana pada 31 Disember 2007. (Berita lanjut di sini..)

ELIA Suhana Ahmad, wanita berusia 30 tahun yang membuat pengakuan sebagai isteri kedua Sultan Kelantan, dalam kiriman e-mel kepada akhbar tempatan semalam mendakwa beliau dan Baginda Sultan Kelantan telah berkahwin pada 23 Disember 2007.

Perkahwinan berkenaan dakwanya, disaksikan oleh ahli keluarga serta beberapa pegawai Istana Kelantan pada tarikh tersebut.

Bagi mengukuhkan dakwaannya, Elia turut mengirim sekeping foto terpampang gambar beliau dan Sultan Kelantan yang lengkap berpakaian pengantin.

Dalam e-mel berkenaan, Elia turut mengepilkan bersama salinan kad perakuan nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bagi memperakui bahawa perkahwinannya adalah sah mengikut undang-undang.

Turut kelihatan dalam foto yang dikirim Elia itu ialah dipercayai sepasang suami isteri, namun tidak dijelaskan sama ada ayah dan ibunya.

Kata Elia, beliau terpaksa mendedahkan perkara berkenaan setelah hal dirinya dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, yang kebanyakan laporan berkenaan menjurus kepada perkara negatif berkaitan dirinya, pihak istana serta pasukan keselamatan.

Katanya, beliau tidak mahu Sultan Kelantan dipandang serong masyarakat ekoran penyiaran artikel oleh akhbar berkenaan.

“Saya mengambil sikap untuk tidak mendedahkan identiti sebenar diri saya, namun (situasi semasa yang berlaku) menyebabkan saya tampil (mendedahkan identiti sebenar saya),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Kelantan, SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat ahli keluarga pihak istana berhubung perkara itu kerana ia dibuat di Singapura.

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan