Saturday, August 19th, 2017

Elia Suhana dakwa isteri kedua Sultan Kelantan

Published on December 29, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

MISTERI identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi, 8 Oktober lalu yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini kini terbongkar.

Wanita terbabit iaitu dikenali Elia Suhana Ahmad, 30, mendakwa bahawa dia adalah isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana mendakwa sebagaimana dilaporkan Malay Mail dia terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar berbahasa inggeris berkenaan pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita mengenai dua wanita dibawa masuk secara senyap-senyap oleh polis istana bagi melawat Sultan Kelantan yang sedang gering. (atas kapasitinya sebagai isteri baginda Sultan yang sah).

Dakwa Elia, penyiaran berita berkenaan telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana sedangkan katanya, beliau adalah isteri baginda yang sah.

Bagi menjelaskan perkara itu, Elia Suhana semalam telah menghantar faks kepada semua akhbar, termasuk Malay Mail mendedahkan kedudukan sebenar dirinya yang didakwa merupakan isteri kedua Sultan Kelantan.

“Sebagai seorang isteri yang sah, menjadi tanggungjawab saya untuk bersama-sama dengan Sultan, terutama pada saat baginda dalam keadaan gering,” kata Elia.

Tambahnya: “Kerana keadaan yang tidak mengizinkan, saya tidak dapat menemani baginda di hospital namun saya sempat mengunjungi beberapa kali (di hospital).”

Katanya lagi, beliau terpaksa memilih waktu-waktu tertentu untuk melawat baginda Sultan bagi menjaga perasaan ahli keluarga pihak istana.

Berita berkaitan:

Elia kahwini Sultan Kelantan pada 2007
JAHEIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan
Perkahwinan kedua Sultan Kelantan berlangsung di KB

Sub Topik: , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan