Saturday, June 24th, 2017

Jabatan Agama sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Published on December 30, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) semalam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JAHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi wartawan akhbar berkenaan di Kota Bharu lewat petang semalam.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Kelmarin, akhbar The Malay Mail melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth (HME), Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Akhbar tersebut melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar berbahasa inggeris itu pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke HME bagi melawat Sultan Kelantan.

Laporan dalam akhbar berkenaan didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Kelmarin, Elia Suhana menghantar kenyataan akhbar kepada semua media utama setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatanganinya untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.

Sub Topik: , , , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan