Wednesday, February 8th, 2012

'Mertua' berang Dr Rosli ingkar arahan 'mufaraqah'

Published on December 29, 2009 by   ·   Tiada Komen      Print This Post Print This Post

BAPA Ilyani Mohd Noor, Mohd Noor Che Man, 58, naik ‘berang’ apabila anaknya itu didakwa masih tinggal bersama dengan bekas Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani walau pun mahkamah syariah memerintahkan pasangan berkenaan tinggal berasingan setelah perkahwinan mereka diragui kesahihannya.

Mohd Noor mendakwa, pasangan terbabit hilang sehari selepas mahkamah mengeluarkan perintah ‘mufaraqah’ berkenaan, dipercayai tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Masjid Mustaqim, Telipot dekat Kota Bharu.

Katanya, pada hari kejadian (Sabtu lepas), Ilyani masuk kerja seperti biasa namun sejurus kemudian didapati melarikan diri dan dipercayai bertemu Dr Rosli yang didakwa merancang untuk berkahwin di Thailand.

“Mungkin ada orang ambil dia (Ilyani). Dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) adiknya memberitahu dia selamat. Saya tenang dahulu, nak tengok macam mana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah dipercayai tempat pasangan terbabit tinggal bersama, semalam.

Petang semalam, Mohd Noor dan beberapa orang dipercayai ahli keluarga beliau bertindak ‘menyerbu’ kediaman terbabit. Beliau mahu agar Dr Rosli menunjukkan dokumen pernikahan yang sah dengan anaknya, Ilyani, 30.

Kira-kira jam 7.20 malam semalam, seorang lelaki dipercayai peguam Dr Rosli memasuki rumah berkenaan diikuti Mohd Noor yang kemudian meminta pasangan berkenaan menunjukkan surat nikah sekiranya benar mereka sudah berkahwin.

Mohd Noor mendakwa beliau hanya mahukan surat nikah yang sah untuk ditunjukkan sebagai bukti kepada pihak Jabaan Agaam Islam Kelantan.

Sub Topik: , , , ,

Komen Pembaca (0)




Mediakini.com @ Facebook

Berita Berkaitan