Saturday, July 31st, 2010

Keluarga 'isteri kedua' kepung rumah Dr Rosli Allani

Published on December 29, 2009 by editor   ·   No Comments

RUMAH bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir, 35, di sini ‘dikepung’ oleh keluarga isteri keduanya sejak petang semalam kerana didakwa ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Tindakan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, bersama kira-kira 20 anggota keluarga dan rakannya yang mengejutkan penduduk di situ dibuat atas alasan Rosli tidak mempedulikan arahan agar mereka tinggal berasingan buat sementara.

Kumpulan tersebut terus mengepung rumah itu sehingga mendapat waran daripada Hakim Mahkamah Syarie hari ini untuk mendapat kebenaran menyerbu masuk rumah tersebut bersama anggota penguat kuasa jabatan agama dan pihak berwajib.

“Bagi membuktikan dakwaan mereka masih tinggal bersama, malam ini kami akan berada di pekarangan rumah ini untuk memastikan kedua-duanya tidak melarikan diri,” kata Mohd. Noor kepada pemberita.

Beliau berkata, dia dan ahli keluarga bergegas ke rumah teres dua tingkat di Lorong Masjid Mustakim, Kampung Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra di sini selepas mengetahui anaknya, Illyani, 30, berada di rumah itu bersama Rosli.

Pada 21 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Yusof Awang memerintahkan Rosli dan isterinya tinggal berasingan sehingga mahkamah membuat keputusan atas tuntutan bapa kepada isterinya untuk membatalkan perkahwinan mereka.

Mohd Noor selaku plaintif menuntut pembatalan perkahwinan defendan pertama, Rosli Allani dengan defendan kedua, Illyani kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang di Subang pada 26 Disember 2008 sebagai tidak sah.

Sehari selepas itu, Rosli juga bekas pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri mengumumkan peletakan jawatan dalam parti dan mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan.

Mohd Noor memberitahu, ketika perbincangan antara mereka di pekarangan rumah tersebut, pasangan itu mendakwa telah berkahwin kali kedua di Selatan Thailand selepas perintah ‘mufarakah’ dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Berkaitan