Saturday, July 31st, 2010

Perkahwinan kedua Sultan Kelantan berlangsung di KB, bapa Elia wali

Published on December 30, 2009 by editor   ·   No Comments

SULTAN Kelantan, Sultan Ismail Petra yang mengahwini Elia Suhana, 30, pada Disember 2007 (Elia mendakwa berkahwin pada 23 Disember manakala laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut perkahwinan berlaku pada 31 Disember 2007), diwalikan sendiri oleh bapa wanita berkenaan, Ahmad Abdul Hamid, 63.

Perkahwinan yang berlangsung di Kota Bharu itu bagaimana pun tidak diisytiharkan secara rasmi tetapi hanya diketahui pihak tertentu sahaja.

Ia mula terbongkar dua hari lalu apabila Elia Suhana membuka mulut bagi mendedahkan identiti sebenar diri beliau selepas dia dilaporkan pergi melawat Sultan Kelantan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada awal pagi 8 Oktober lalu.

Pendedahan itu sebenarnya sebagai reaksi kepada laporan sebuah akhbar tempatan berkaitan lawatan Elia yang memberi gambaran negatif kepada dirinya, sultan dan polis istana.

Semalam Ketua Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Hasnan Ramli mengesahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan dengan Elia Suhana.

Hasnan bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan baginda yang berita mengenainya kini sudah tersebar di internet.

Difahamkan surat nikah perkahwinan Sultan Kelantan dengan Elia Suhana ditandatangani sendiri oleh Hasnan.

Isteri pertama Sultan Ismail Petra ialah Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang merupakan Raja Perempuan Kelantan.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Berita Berkaitan