- Berita Terkini - http://berita.mediakini.com -

Tengku Faris Sultan Kelantan?

Posted By admin On 10 September 2010 @ 5:30 am In Berita Kelantan,Negeri | No Comments

Tengku Faris PetraKOTA BHARU 9 Sept – Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.

Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi.

Bagaimanapun pegawai terbabit tidak mendedahkan secara terperinci mengenai program itu dan maklumat lengkap akan hanya disampaikan kepada media pada hari berkenaan. [BERITA PENUH [1]]


Article printed from Berita Terkini: http://berita.mediakini.com

URL to article: http://berita.mediakini.com/am/negeri/tengku-faris-sultan-kelantan.html

URLs in this post:

[1] BERITA PENUH: http://mediakini.com/berita-negeri/tengku-faris-ditabal-sultan-kelantan.html

Copyright © 2011 Berita Terkini. All rights reserved.