Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

January 1st 2010 | Posted by editor

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, berikutan timbul isu lain yang perlu didengar terlebih dulu.

Dalam prosiding semalam, Peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris, berkata mahkamah perlu memutuskan isu kelewatan Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan kehakiman sebelum membenarkan semakan.

“Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan selepas 82 hari keahliannya dibatalkan pada 16 September lalu.

“Mengikut Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, semakan perlu difailkan dalam tempoh 40 hari,” katanya.

Cecil berkata, lanjutan masa untuk memfailkan semakan adalah isu berhubung bidang kuasa dan mahkamah perlu mendengar hujah kedua-dua pihak sebelum buat keputusan.

Sementara itu, peguam Tengku Muhammad Fakhry, K Shammuga berkata, permohonan semakan kehakiman itu difailkan sebaik anak guamnya menerima surat setiausaha majlis pada 26 Oktober lalu bagi menjawab pertanyaan berhubung alasan pembatalan keahliannya.

Katanya, tiada alasan diberikan setiausaha majlis itu dalam surat berkenaan, selain menyatakan pembatalan dibuat atas perintah Pemangku Raja Kelantan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof tetapkan 12 Januari ini membuat keputusan sama ada isu kelewatan semakan kehakiman perlu didengar sebelah pihak atau kedua-dua pihak.

–Berita Harian–

Related Posts

Mentua buat laporan polis, desak Dr Rosli Allani, pasangan ditahan

KOTA BHARU: Mentua kepada bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir, 35, semalam membuat laporan polis dan menuntut supaya beliau dan pasangannya, isteri kedua, IIyani Mohd Noor, 30, segera ditahan kerana melanggar perintah mufaraqah. Ahli perniagaan, Mohd Noor Che Man, 58, berkata beliau menyerahkan kepada [...]

Keputusan benar Herald guna kalimah 'Allah' dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md [...]

Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.