Pelajar universiti salah guna sudut pidato berdepan tindakan

January 1st 2010 | Posted by editor

KUNDASANG: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan peribadi dan politik boleh dikenakan tindakan berdasarkan budi bicara pentadbir universiti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT berhak mengambil tindakan terhadap penuntut yang sengaja menggunakan sudut berkenaan untuk kepentingan peribadi atau politik berdasarkan buku panduan mengenainya.

Kementerian berkenaan sudah menerbitkan buku itu baru-baru ini sebagai landasan untuk pentadbir IPT dan penuntut berbincang mengenai aspek yang boleh disentuh dan sebaliknya bagi memastikan kebebasan diberikan kementerian dan IPT tidak disalahgunakan.

“Saya yakin, penuntut IPT sekarang bukan macam penuntut zaman 1960-an dan 1970-an dulu yang kebanyakannya menggunakan sudut pidato untuk kepentingan politik.

“Kalau ada (penuntut) tidak bertanggungjawab, pihak pentadbir universiti lebih bijaksana untuk mengambil tindakan. Penuntut harus berunding dengan HEP masing-masing. Saya yakin, tidak akan timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Pendakian Solo 1Malaysia Mohd Noor Mat Amin bersama 111 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), di kaki Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Program itu mencuba meletakkan nama Mohd Noor, 42, dalam Guiness Book of World Records melalui pendakian 111 kali Gunung Kinabalu dalam tempoh 111 hari, mulai semalam dan dijangka berakhir pada 19 April 2010.

Ia akan diteruskan dengan pendakian 111 kali Menara Kuala Lumpur dari 1 hingga 7 Mei 2010.

Bagi menjayakan program, seramai 111 orang penuntut UMS akan mengiringinya.

–Berita Harian–

Related Posts

Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & [...]

Mentua buat laporan polis, desak Dr Rosli Allani, pasangan ditahan

KOTA BHARU: Mentua kepada bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir, 35, semalam membuat laporan polis dan menuntut supaya beliau dan pasangannya, isteri kedua, IIyani Mohd Noor, 30, segera ditahan kerana melanggar perintah mufaraqah. Ahli perniagaan, Mohd Noor Che Man, 58, berkata beliau menyerahkan kepada [...]

Keputusan benar Herald guna kalimah 'Allah' dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.