Sultan Johor kelima akan dimasyhur hari ini

January 23rd 2010 | Posted by editor

JOHOR BAHRU: Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan malam tadi.

“Upacara pemasyhuran itu akan diadakan pukul 1 petang esok sebelum pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar,” katanya pada sidang akhbar malam malam tadi.

Melalui pemasyhuran itu nanti, Tunku Ibrahim bakal diisytiharkan sebagai Sultan Johor kelima dalam pemerintahan Kesultanan Johor.

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahanda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Related Posts

Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok (hari [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita Online Terkini Terkini. All rights reserved. Brought to you by Mediakini.com Team. Mediakini Group: Berita Online Terkini | Video Semasa Terkini.